Sunday, May 3, 2009

Travelog Umrah Seorang Aku

Aku mula menghantar abah pergi haji buat kali pertama pada tahun 1994 di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Waktu itu aku darjah 4, masih belum mengerti apa-apa. Ketika orang lain sibuk berpeluk dan bersalam mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w, aku sibuk membeli air karbonat F&N di mesin air dengan harga $1 pada waktu itu bersama sepupu.Itulah perkara yang paling seronok kerana abah bagi duit sebab nak tinggal pergi Makkah, aku dapat beli gula-gula, keropok dan air tin. Bila abah pulang, ada ole-ole dari Makkah yang aku tak pernah lupa iaitu yoyo dan gasing berlampu. Begitu juga dengan kacang pistachio ( kacang cerdik) yang tak pernah orang lupa kalau pergi ke sana. Segala jenis kurma ( ajwa, syafawi, ambaer, mabrum dll) apatah lagi. 1 beg yang dibawa semasa pergi akan "beranak" menjadi 3 atau 4 semasa balik ke Malaysia.


Tahun-tahun berikutnya, aku masih menghantar abah di lapangan terbang sama ada pergi tunaikan umrah atau pun haji kerana abah memang selalu membawa rombongan umrah dan haji. Apabila aku mula bekerja pada tahun 2004 ( selepas tamat belajar Universiti Malaya) bersama BMQ Training, aku menanam azam di hati aku untuk menunaikan umrah. Setiap kali hantar abah ke Makkah di KLIA, aku saling bertanya dengan abang ipar," Asyik kita jer hantar orang ke Makkah, bila lagi orang nak hantar kita?.Kami hanya saling tersenyum dengan soalan itu.

Hinggalah pada suatu hari tahun 2008, abah memberitahu kami sekeluarga yang abah akan bawa rombongan ke umrah awal 2009. Abah mengajak aku bersama isteri pergi bersama dan suruh kami mula menyimpan wang dengan kos lebih kurang RM10K untuk dua orang untuk pakej umrah dan ziarah 16 hari ( 4 hari di Madinah dan 12 hari di Makkah). Aku mula merancang dan menyimpan wang agar impian aku untuk melihat Kaabah di hadapan mata menjadi kenyataan.

Akhirnya tanggal 5 Mac 2009 dengan izin Allah s.w.t., aku berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, abah, ibu, adik lelaki bersama hampir 50 orang ahli rombongan melalui travel Jagong Mas. Kami menaiki Biman Air ( Bangladesh International). Inilah kali pertama aku menaiki pesawat bagi penerbangan antarabangsa. Begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini. Kami berlepas dari KLIA jam 6.30 pagi dan sampai di Zia International Airport jam 8.30 pagi waktu Bangladesh (waktu di Bangladesh awal 2 jam dari Malaysia). Ini bermaksud penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami akan berlepas ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Jadi kami mempunyai 12 jam untuk bersiar-siar di Bandar Dhaka. Pihak Biman Air menyediakan hotel, makanan dan pengangkutan untuk keselesaan kami. Pertama kali keluar dari Zia International Airport, aku pertama kali melihat kota Dhaka yang begitu sesak.Untuk maklumat, Dhaka ialah ibu kota Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut (seperti tali, guni dll). Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Difahamkan jumlah penduduk Dhaka pada masa ini ialah hampir 10 juta. Ianya sebuah bandar yang sesak dengan manusia dan kenderaan di mana hon sentiasa kedengaran. Sepanjang jalan terdapat kelibat penunggang "rikshaw" ( beca roda tiga) dan "skuter tu tut" berkain pelikat membawa penumpang. Kami menginap di sebuah hotel yang selesa di di pinggir Dhaka. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan menyelerakan. Kari ayam dan ikan tanpa santan dihidangkan panas bersama nasi putih amat membangkitkan selera kami di perantauan. Masakannya agak sedikit berbeza dengan masakan Malaysia di mana lebih pedas dan berempah. Pada jam 3 petang waktu tempatan, kami dibawa melawat sekitar Bandar Dhaka. Antaranya kediaman Perdana Menteri Khaleda Zia, Dhaka Universiti, Pasar Dhaka yang dipenuhi sayuran dan buahan serta ikan yang besar-besar, Parlimen Dhaka dan bazar jualan yang menawarkan pelbagai barang kraftangan yang murah dan menarik. Terpegun melihat kelibat manusia yang pelbagai ragam di Bandar Dhaka.







Jam 10 malam kami bergerak menaiki bas ke Zia International Airport untuk berlepas ke Jeddah. Aku semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya Madinah. Perjalanan dari Bangladesh melalui pesawat Biman Air ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke bumi Madinah lebih kurang jam 9.30am waktu Madinah. Sewaktu kapal terbang mendarat di Jeddah International Airport, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya aku hampir menuju ke Baitullah. Selepas selesai urusan pasport dan luggage, kami menaiki bas terus menuju ke Madinah dengan jarak 400 km mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pertama kali berhenti di R&R, aku amat teruja. Merakam semua gambar pemandangan dan gelagat manusia yang dijumpai. Kami menikmati makan tengahari di situ.

















Di Gua Thur ( Tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika hijrah)















Bersama seorang profesor universiti Algeria di dalam Masjid Nabawi..




















Bersama Baitullah yang menjadi tempat berkumpulnya umat Islam sedunia...















Menunggang unta di Jabal Rahmah...





















Berniat umrah di Tan'iim..


Ketika lawatan ke kilang percetakan al quran al malik fahd di Madinah...


Maqam syuhada' di medan Uhud..



Jabal Uhud..


Masjid Quba' ( Masjid pertama dibina dalam sejarah Islam)


Bersama ibu di Masjid Qiblatain, Madinah

Kenangan di Masjid Nabawi as Syarif, Madinah...


Di sebuah bazar di Makkah...


Pemandangan Masjid Nabawi dari hotel El Yasmin Manzili, Madinah

No comments: